Cara Nak Ubat Penyakit Malas Dalam Diri

MALAS..huh memang sikap mals ni tidak boleh lari dari diri seseorang..Oleh itu, jika ada sahaja sikap malas, cepat-cepatlah buangkannya kerana ia sifat orang munafik..Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala..Dapat dibuktikan lagi apabila malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik dan paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.

Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? hah disini ada beberapa kaedah menghilangkan rasa malas.


⥤Pertama : Doa dan perbanyakkan doa
Senjata utama orang mukmin iaitu doa. Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]
Antara doa Nabi juga :

“Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.
Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.


⥤Kedua : Lawan nafsu atau ajakan syaitan
Sememangnya seperti yang kita ketahui bahawa syaitan memang mahu menyesatkan manusia. Pelbagai cara syaitan untuk menghasut manusia supaya menjadi malas. Jadi, kita sebagai manusia perlulah ada kekuatan untuk melawan setiap hasutan syaitan ini kerana ajakan atau hasutan syaitan ini membawa kepada peningkatannya nafsu kita. Maka apabila nafsu telah berluasa, sikip malas akan sukar dibendun. KIta juga boleh melawan nafsu dengan cara:
  • Kurangkan tabiat suka tidur
  • Rajinkan bersenam
  • Kurangkan tabiat suka makan
*Ketiga-tiga cara diatas juga antara cara yang berkesan untuk buang penyakit malas ini..


⥤Ketiga : Carilah ilmu
Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Misalnya, orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, mereka akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.
Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.


⥤Keempat : Buat perancangan atau jadual harian
Cara ini dapat membantu kita mengelakkan diri dari  cepat berasa bosan.  Hidup kita akan lebih menjadi sistemetik dan teratur. Jadi apabila perasaan bosan atau boring melanda diri kita, kita akan lebih tepengaruh untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Sebagai contoh, bermain mainan video game untuk mengelak perasaan boring tersebut. Maka apabila sudah terjebak akan keseronokkan seperti itu, kita tidak sedar bahawa masa telah banyak berlalu dan perasaan malas pula akan timbul seperti malas hendak solat akibat. Hal ini demikian kerana, kita sudah berasa letih bermain game. Jadi buatlah jadual terlebih dahulu untuk mengelak perasaan boring ini menguasai diri kita dan agar hidup kita lebih teratur dan sistemetik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Mendapatkan Ramai Kawan

Kelebihan Or Keberkatan Surah Yaasin??