Cara Mendapatkan Ramai Kawan
"Kenapa kita perlu membuatkan orang suka akan diri kita dalam kehidupan??"
"Kenapa kita perlukan kawan dalam kehidupan kita?"
Hmm soalan yang sering bermain dalam fikiran kita. Senang je jawapannya. Jawapan yang paling mudah untuk soalan ini ialah untuk berjaya. Ya, untuk berjaya kita sememangnya memerlukan sokongan dari ramai orang terutamanya orang yang bergelar rakan selain dari ibu bapa sendiri. Dalam erti kata lain, kita bukan untuk mengambil kesempatan tetapi untuk mendapatkan bantuan bagi membaiki kelemahan diri. Jika ramai orang suka bekawan atau berteman dengan kita, itu adalah salah satu petanda bahawa kita menuju ke arah kejayaan. Misalnya,kita ada masalah dalam pelajaran, jadi rakan yang suka berteman atau berkawan dengan kita itu secara tidak langsung akan membantu kita dalam menganangani masalah tersebut serta memberi sonkongan kepada kita. Jadi apabila masalah kita sudah dapat diatasi, kejayaan insyallah akan menyusul.
Jadi mesti ramai yang tertunggu-tunggu apakah step atau langkah atau cara untuk mendapatkan lebih ramai rakan. Baik ini adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti :
- BUAT RAKAN ITU SENTIASA TERSENYUM DAN GEMBIRA
Cara ini sangat berkesan kerana kita telah berjaya menarik sedikit perhatian rakan kita itu. Cara ini juga sangat mudah untuk dilakukan. Kita hanya perlu buat rakan kita itu ketawa atau gembira.Dalam erti kata lain, buat rakan kita merasakan diri kita menghiburkan mereka. Kita boleh menggunakan cara dengan berbuat lawak. Apabila kita berbuat lawak, rakan kita akan berasa gembira bersama kita. Jadi disini kita telah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim kita dengan rakan kita itu. Maka kita akan membuatkan rakan kita itu lebih rapat dengan kita atau lebih selesa dengan kita. Walaupun kadang-kadang cara dengan berbuat lawak ini tidak menjadi atau tidak sampai lawak kita itu, tetapi sekung-kungnya kita telah mencuba. Menyambuat ulang tahun kelahiran rakan juga boleh membuatkan rakan kita itu lebih menyukai akan diri kita ini. Hal ini demikian kerana mereka merasa bahawa diri kita mengingati diri mereka. Jadi mereka akan berasa sangat gembira.
- BUAT RAKAN ITU BERASA DIHARGAI
Ramai orang pada masa kita apabila sudah dapat madu sepah dibuangnya. Jadi untuk membuatkan orang suka akan diri kita, kita hendaklah menghargai diri mereka. Sebagai contoh, kita boleh menghargai mereka dengan ucapan terima kasih. Maka dengan cara itu, mereka akan mengangap segala usaha mereka untuk membantu kita berbaloi dan dihargai walaupun hanya dengan memberi ucapan sahaja. Cara ini secara tidak langsung juga membuatkan mereka tidak memandang rendah tehadap diri kita kerana kita telah berbudi bahasa dengan mereka. Pandang seseorng terhadap kita amatlah penting. Hal ini demikian kerana jika seseorng itu telah menandang rendah terhadap diri kita, maka untuk membuat orang suka terhadap diri kita akan berkurangan. Malah mereka akan mengangap diri kita sombong dan seterusnya akan membenci diri kita. Memberi hadiah juga adalah salah satu cara untuk menghargai mereka. Apabila mereka menerima hadiah tersebut, mereka akan mengangap diri kita mengingati pengorbanan mereka seterusnya membuatkan mereka lebih gembira dan suka berkawan dengan kita.
- BERSAMA KETIKA SENANG MAHUPUN SUSAH
Bagi mendapatkan ramai rakan atau bagi membuatkan ramai orang suka berkawan dengan kita, kita perlulah bersama-sama rakan kita tidak kira ketika senang mahupun susah. Hal ini demikian kerana kawan atau rakan yang baik adalah rakan yang sentiasa ada untuk rakannya ketika senang mahupun susah. Jika kita hanya ada ketika kawan kita itu senang dan meninggalkan ketika mereka susah, ini akan menimbulkan perasaan benci rakan kita terhadap kita. Maka apabila mereka telah membenci diri kita, kita akan kehilangan rakan dan seterusnya apabila kita susah, sudah pasti tiada rakan yang akan dapat membantu diri kita. Jadi, jadilah seorang rakan yang setia ketika senang mahupun susah kepada rakan kita.
- MENJADI PENDENGAR YANG BAIK
Mendengar setiap percakap seseornag itu dengan teliti atau hormat amatlah penting. Bayangkan jika kita sedang bercakap dengan seseorang tetapi orang itu mendengar endah tak endah sahaja percakapan kita, sudah pasti kita akan berasa marah bukan??. Jadi, menjadi pendengar yang baik amatlah penting agar orang tidak membenci diri kita. Malah jika kita menjadi pendengar yang baik kepada rakan-rakan kita, mereka akan lebih selesa bersama kita dan seturusnya lebih rapat dengan kita.
*Jadi ini adalah antara tipsnya atau caranya. Jika ada sebarang petanyaan atau mahukan lebih tips, anda boleh bertanya di ruang komen atau e-mail sahaja saya (zati0527@gmail.com)...
Cuba kalau Kita dah buat semua yg Ada kat atas.....tapi ttp Rasa MCM Kita buat Salah...Kita Rasa X dihargai...MCM pulak???
BalasPadamBiasanye benda gini selalu bermain kat dlm permikiran orng ramai yg ada masalah kwn.. Tp percaya lah bahawa kita sendiri yg sebenarnye memikirkan kita yg wat salah tu sedngkan kwn kita x pikit gitu pon.. Jadi harus always positive insyallah
PadamMacam mana kalau kawan tu suke mengupat kita dan suke beritahu keburukan kita kat kawan lain.tapi ramai je yang kawan dia.kenapa kita yang baik dan kita tk pernah bagitau keburukan kat orang lain tak ada kawan
Padamoky
PadamMungkin Ker sbb saya ni X cantik....Dan Banyak kekurangan
BalasPadamMmg ada kwn yg memandang semua tu.. Tp nak wat pe kita perlu ada kwn gitu.. Biasa nye kalo kwn yg dh pandang kita gitu and autimatiklly dia sebenarnye ada sifat yg suka mengambil kesempatan. Cth, dia akan kwn bila ada keperluan sahaja.. Tp kekang kita je perasan dia x nk kwn gan kita sbb x cantik or ada kekuranggan.. Tp sedngkan dia pandang kita mcm x nk kwn sbb maybe kita ada wat masalah gan dia.. Kita x tahu semua tu.. Jadi perlulh kita tahu knp semua tu berlaku
Padamhi..saya boleh jadi kawan awak..sebab saya pon takde kawan..sume macam jauh kan diri dari saya..sebab saya banyak kekurangan kot..hmm
PadamBukan senang nak jadi orang yang bukan diri kita klau kita buat baik mereka juga akan pijak kepala kita buat apa je yang mereka suka kt kita contohnya jadikan kita kuli mereka hm
BalasPadamsaya rasa kalau kawan awak cm tu..better awak cari kawan lain..x perlu kawan ngn die..saya rasa ramai lagi kawan yg lebih baik drpd kawan awok tu.. n lagisatu ..kita patut jadi baik untuk diri kita sendiri..bukannya untuk orang lain..n cuba awak kawan dengan orang lain dan lepasni lupakan tentang semua perkara negatif yg berlaku kepada awak..n awak fikir..awak nie sebenarnya hidup for what?..
PadamWat baik berpada pada.. Jahat jgn sekali kali.. So kalo nak wat baik utk berkawn x de masalah tp kalo dipijak.. Baik kita x yah dekat sgt gan dia. .Tp bkn bermakna buang dia.. Cuma nak ckp kat sini knp perlu nk ada kwn yg gitu sdngkan ramai lagi orng yg blh dijadikan kwn yg lbh baik..
BalasPadamSy nak tanya,mcm mana nak dpt kwan yg positif dan berjaya.apa yg perlu ada pd sikap untuk dptkn kawna yg mcm tu.sbb byk kwn yg dtg dlm khidupan kwn yg negetif.
BalasPadamJawapan dia senang berdoa kepada allah kerana allah ialah pemberi rezeki apa yang sesuai utk kita.apapun kalau susah mne pun tk pe allah selalu ade untuk kite π
PadamBagaimana apabila kita diejek oleh mereka.apakah tindakan yg harus kita lakukan supaya persahabatan antara kawan kita akan sentiasa terjalin rapat?
BalasPadamSaya Ada Kawan Yang Bile Susah and tak ada benda yang dia nak baru Cari Saya Cerita Tentang semua Kesedihan dia Tapi Bile Dia Happy And Dapat ape Yang dia nak langsung tinggalkan saya ape Patut saya buat ?
BalasPadamMcm mna kalau kawan kita tidak layn kita..dia asyik berbual dengn kawannya sorang lgi..kita rasa mcm tidak di hargai..
BalasPadamSaya pun macam awak, awak tak perlu tunjukkan yang awak nak sangat kawan dengan dia, kawan dengan org yang lonely sebab saya pun kawan dengan org yang lonely and then jadi kawan yang baik
PadamMacam mne nk buat kalau kita dah lama kwn dgn dia,pastu lepas habis sekolah dh tak sama dh dgn dia,ni rsenya nk nuat mcm mne?
BalasPadam*buat
Padam*buat
BalasPadamMacam mana nak berkawan dengan orang yang baru kite jumpa?
BalasPadamYes
PadamSenyum π
Padamsaya ramai kawan tapi antara diorang semua tu yg paling rapat hanya seorang. Yang lain tu tegur gitu² je dengan saya so bila saya nak tegur diorang, jadi segan pulak sebab tk biasa borak panjang hmm apa patut saya buat ya?
BalasPadamsaya ni lembut dan dan banyak kekurangan..teringin jugak nk ade ramai kawan..tangkap ii gambar sume..tapi tak penah dapat..diorang selalu ingat saya ni seorang yang sombong..π tapi saya sikit pon tak pernah terlintas perkataan "sombong" tu..
BalasPadammacam mna nak tukar persepsi diorang tu yerπ
Thank you!π₯°
BalasPadamMacam mana kalau kita dh buat semua benda macam yg kat ats tu tapi masih juga ada kawan yg tak suka dekat kita.. Lepastu dia berdendam dan suruh semua orang tak kawan dengan kita.. mcm mana tu?
BalasPadamSaya selalu lalui benda macam tu.
Sama la macam saya
PadamEntahla, sy hadap masalah macam susah nak tackle kawan tak sesama negeri kita huwaaa nak nanges rasa sebab kita belajar ,,buat assignment apa jadi agak ada problem di situ,,srs kawan masa beajar memang memainkan peranan,,kadang2 agak jeles jugak lihat member dapat kawan ramai2,,maybe dia mudah ambil hati orang,,sy kot masalah huwaaa nak nanges la
BalasPadam